Stail dan bahan Peti kanopi

Stail dan bahan peti kanopi berbeza mengikut zaman, namun sentiasa mencerminkan konsep keindahan dan kesempurnaan ideal Mesir.

Zaman Ptolemaik

Petinya nampak seperti keramat kayu yang tinggi dengan lukisan yang terang di tepi dan seekor burung falkon bertenggek di atasnya. Pembuatnya menyalutkan kayu peti dengan geso sebagai lapisan dasar untuk menyerikan catnya nanti. Semua perinciannya memberi kita maklumat tentang agama Mesir purba. Burung falkon di atas melambangkan Sokar, dewa pengebumian dan gambar di sisi menunjukkan pemilik peti itu menyembah Osiris, dewa akhirat; Ra-Horakhti, gabungan dewa Horus dan Ra; empat anak lelaki Horus, masing-masing menjaga salah satu organ si mumia; tiang berwarna, yang mewakili Osiris, dan tiet, yang mewakili Isis. Catannya tidak diukur dengan sempurna dan tepat seperti seni Mesir terdahulu, kerana tamadun Mesir sedang jatuh semasa ia dibuat.[perlu rujukan]